KISAH SET KESUBURAN SHAKLEE

Kelmarin ada geng penapis air datang rumah mak. KakZam malas nak menyibuk sebab baru balik dari repair basikal anak bujang. Nak hang out dengan BabyHanna sambil temankan papa diorang dok belek-belek basikal tu.


Salah sorang staf tu perempuan, isteri kepada bos geng-geng penapis air tu (bos pun ada ikut sekali). 

Fitrah naluri hati seorang ibu, pastinya merindukan kehadiran zuriat di dalam rumahtangga.


Sembang punya sembang (ni kisah mak menyembang dengan dia), rupanya dah 4 tahun berkahwin, tapi belum dikurniakan rezeki anak, tu yang buat-buat sibuk ikut suami kerja. Bosan tu dah pasti jadi punca utama sebab nak bekerja.

Mak pun bukak laa cerita pasal customer KakZam merangkap jiran tetangga kami sebelah rumah mak ni, Zyla. Daripada ambil set resdung, dia tambah lagi beberapa suplimen lain untuk masalah saraf (rheumatoid arthritis) dan akhirnya suplimen anggur muscadine untuk masalah thyroid.

Bila dengar sebut thyroid tu, terus dia balas balik, "eh, saya ni ada thyroid laa makcik. Memang doktor ada cakap, once dah operate memang kena bergantung pada ubat seumur hidup."

Allahuakbar!! 

Tak pasti dia makan atau tak ubat yang doktor bekalkan, tapi dia ada makan beberapa jenis makanan tambahan untuk mengelakkan thyroidnya membesar.

Keesokan harinya, kebetulan KakZam memang ada di rumah mak, sembang serba sedikit pada dia perihal KakZam dan Zyla tadi yang 'lekat' lepas masing-masing ambil 2 botol suplimen anggur muscadine tu. 

Alkisahnya, ni nak cerita pasal Zyla tadi, sebenarnya suplimen yang dia ambil dari awal tu, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada SET KESUBURAN SHAKLEE.

Antaranya adalah :-

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

Tubuh kita memerlukan protein sebagai sumber utama kepada makanan sel. ESP membantu membekalkan 9 asid amino penting yang tubuh tidak mampu menghasilkan secara semulajadi.

Selain itu, ia membantu menguatkan rahim wanita untuk membantu ia agar bersedia untuk hamil dan membantu mengelakkan dari keguguran.

Zyla berjaya hamil selepas habis setong ESP, tapi keguguran kemudian atas sebab kesihatan yang tidak diketahui puncanya. Tak putus asa, dia konsisten dengan ESP dan ambil lagi setong, tetapi tetap juga gugur atas sebab yang sama.

KakZam akan ceritakan bagaimana beliau mudah keguguran.

Temujanji demi temujanji dengan doktor pakar, pada mulanya doktor dapati darah Zyla memekat dengan cepat dan tidak mampu mengepam jantung janin dengan baik. Sebab itu beliau keguguran sampai 2 kali. 

Akhirnya, doktor memberitahu yang, Zyla menghidap penyakit hyperthyroid. Antara risiko yang paling membimbangkan yang diberitahu oleh doktor, 

Pertama, Zyla perlu menjalani pembedahan untuk mengelakkan thyroid melarat dan menjadi semakin teruk.

Kedua, setelah pembedahan, Zyla perlu bergantung selamanya kepada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital, which is sesiapa pun tak suka makan ubat setiap hari.

Ketiga, peluang untuk hamil sangat tipis. Ini yang dibimbangkan kerana mereka belum lagi mempunyai cahaya mata walaupun sudah berkahwin selama 9 tahun (kalau tak salah).


SUSTAINED RELEASED CITA-C PLUS

Zyla ni memang konsisten mengambil vitamin c untuk masalah resdung dan kulitnya. Selain bagus untuk dua masalah tersebut, vitamin c SHAKLEE ni sangat bagus sebagai antioksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas serta membantu menguatkan sistem imun tubuh.

Dengan pengambilan konsisten, ia membantu Zyla untuk melegakan masalah resdungnya tadi dengan mengurangkan alahan yang dialami.

Kalau semua nak tahu, vitamin c SHAKLEE ni sangat popular sampaikan dalam kebanyak set yang ada, dia pasti ada. Sebagai contoh, set kesuburan, set kehamilan, set berpantang, set menyusu, set kecantikan, set kulit dan berbagai lagi. 


ALFALFA COMPLEX

Pada awalnya, Zyla mengambil Alfalfa untuk masalah resdungnya. Ternyata ia sangat membantu mengurangkan alahan. Malah, respon yang diberikan kepada KakZam, "suami tegur aset saya besar, pejal, kemas".

Kemudian, bila Zyla disahkan pula menghidap penyakit saraf, dia terpaksa stop alfalfa kerana ia menyebabkan penyakit sarafnya menjadi semakin teruk, walaupun ia memberikan manfaat untuk masalah resdung dan kulitnya. 


B-COMPLEX

Suplimen pembekal folik asid ini membantu Zyla meredakan alahan dan kegatalan hidung dan mata yang disebabkan oleh resdung. Selain membantu rahim bersedia untuk hamil.

Selain itu, B-COMPLEX juga membantu Zyla merangsang peredaran darah yang betul, melegakan sakit otot dan keradangan kulit. 

Wanita yang ingin hamil, dinasihatkan untuk mengambil folik asid seawal 3 bulan sebelum kehamilan untuk tujuan tersebut untuk memastikan rahim sentiasa bersedia untuk proses kehamilan.


Berbalik semula kepada masalah thyroid Zyla tadi, bila doktor dah sahkan, ye lah, sesiapa pun akan panik dan susah hati, apatah lagi jika ia menjejaskan peluang untuk mendapat zuriat.

Sekali lagi Zyla menempah suplimen anggur muscadine, iaitu VIVIX setelah ternampak iklan KakZam di facebook berkaitan thyroid. Sebenarnya ituah pertama kali KakZam keluarkan iklan VIVIX vs THYROID di laman sosial.

Terus Zyla order. Kebetulan pulak nak jadi rezeki Zyla, waktu tu SHAKLEE ada promosi beli 2 botol VIVIX dengan potongan harga sebanyak 5%. Terus Zyla rembat tanpa fikir panjang. Semuanya demi untuk mndapatkan zuriat disamping untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik lagi.

Berdebar jugak KakZam menantikan tarikh temujanji Zyla dengan doktor pakar. Syukur yang tak terhingga bila Zyla bawak berita baik. Doktor bagi tahu, kandungan darah Zyla dah tiada thyroid, bengkak juga dah hilang sepenuhnya.

Yang paling mengujakan, Zyla positif mengandung. MasyaAllah. Menulis semula kisah Zyla ni pun meremang bulu roma KakZam. Rasa air mata nak menitik sekali lagi. 

Subhanallah. Kalau Dia nak bagi rezeki, pasti Dia akan bagi. Syukur dengan segala nikmat-Mu. Ececeh, KakZam pulak yang teruja lebih, hahahaha.


Gambar kenangan KakZam bersama Zyla semasa kami sama-sama mengandung dulu.

Syukur, Zyla bersalin seminggu selepas KakZam selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comel, BabyHanna. Jadinya, dia terlebih dulu datang melawat KakZam berpantang. Sekarang, kami sama-sama bahagia dengan kehadiran baby baru. 

Apatah lagi Zyla dan suami yang pertama kali mendapat zuriat disamping anak angkat lelakinya. Oh ye, Zyla mendapat bayi perempuan sepertimana KakZam jugak, bernama Faira Afiyah yang dinamakan sempena nama mereka suami isteri.

Syukur, alhamdulilah.


Tak ketinggalan, BabyHanna juga ada kenang-kenangan bersama Faira Afiyah sewaktu kecil.


KakZam lega dan bersyukur sangat sebab dapat peluang membantu seorang sahabat untuk menjadi semakin sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Terlebih-lebih lagi, KakZam lebih bersyukur sebab dapat menghilangkan kerinduan seorang ibu yang dah lama sangat merindukan kehadiran seorang anak. Syukur.

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari perkongsian KakZam hari ini. Bagaimana jika anda juga menghadapi masalah sama seperti Zyla? Okay, jangan segan silu hubungi KakZam untuk dapatkan konsultasi ye. 

Babai, Assalamualaikum wbt.


Zam Zarina

ID : 1110934

012-3540262

Pengedar SHAKLEE Bandar Jengka, Pahang dan seluruh Malaysia.


You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah. Tq Shidah.

      Bukan apa, KakZam faham macam mana rasanya teringin nak timang anak sendiri. Proses mengandung, berpantang, membesarkan anak, semua ada kenangan terindah.

      Delete

Catatan Zam Zarina